tentang mK printing
Namun anda mesti tertanya-tanya .Apa kelebihan buat tempahan di MK Printing ne? Mari kami cerita …
- Semestinya Hanya Kualiti Baju Yang Terbaik di MK Printing
Demi menjaga mutu dalam penghasilan t-shirtnya.
Kami memilih material yang terbaik bagi menjamin kepuasan hati para pelanggan kami. Antara brand menjadi pilihan pelangan kami ialah seperti : Oren Sport , Alam Fashion , Gildan , Nice Apparel, Enzo , MR2 dan Uzone , CrossRunerr.
Menempah cetak (printing) baju memerlukan penelitian yang terperinci kerana ia melibatkan wang yang bakal keluar dari poket anda. Bukan seringgit dua, tetapi mencecah ratusan malah ribuan ringgit bergantung kepada kuantiti & kualiti. Untuk menghasilkan yang terbaik, MK Printing sentiasa menjaga kualiti material atau bahan yang digunakan agar baju yang dihasilkan tahan lama dan berkualiti. T-shirt yang kami gunakan ada yang mampu bertahan sehingga lebih 5 tahun jika dijaga dengan baik.
- Harga yg Murah & berpatutan
Lebih Banyak Tempahan Lebih Jimat Duit Anda!
Secara umumnya, mana-mana barang yang dibeli, jika dalam kuantiti yang banyak, kita akan memperoleh penjimatan atau orang cakap harga borong. Asalkan kita dapat berjimat walau sedikit, itu sudah sangat memadai kerana wang bukan semata-mata untuk buat baju saja.
Banyak lagi keperluan lain yang lebih penting dan mustahak betul tak?
Jom berjimat cermat walaupun ekonomi sekarang macam tak boleh nak jimat pun haha. Setiap pembelian secara pukal dalam kuantiti yang banyak lebih menjimatkan. Hanya di MK Printing Johor Bahru!
Anda boleh menikmati penjimatan dalam tempahan baju apabila lebih banyak anda membuat tempahan, harga sehelai akan menjadi lebih murah. Bagaimana tempahan baju boleh buat anda berjimat? Jawapannya adalah dengan menempah dengan kuantiti yang banyak. Berapa helai yang dikatakan banyak sehingga dapat jimat? Untuk lebih jimat, tempahan lebih 30 keatas diskaun semasa pembayaran. Jom pakat2 dengan orang sebelah buat baju sekali.Jom jimat!
- Tempoh Pembuatan yang Singkat
Kebiasaannya tempoh siap tempahan t-shirt adalah di antara 10-14 hari bekerja. Tapi jangan risau, jika ada tempahan urgent ?? dan perlukan masa yang singkat utuk di pakai. Last minit org kata..
MK Printing boleh siapkan dalam tempoh 3-4 hari bekerja bergantung pada production kami pada masa tersebut.Boleh bincang jangan takut kami tak makan orang.
4. Design Menarik & Mengujakan
Design direka khas oleh para designer kami yg professional. Mereka ini memang dari jurusan Grafik designer dan bukan nya dari jurusan lain seperti Jurusan Kejuruteraan Awam & atau Jurusan Perakaunan okey.
T-shirt anda melambangkan identiti anda, oleh itu pihak akan membuat design yang betul-betul menepati citarasa anda. Design yang ringkas, tetapi menarik & mengagumkan. Percayalah!!..
- Design PERCUMA
MK Printing Offer anda perkhidmatan design secara percuma? Ya PERCUMA! tanpa sebarang bayaran. Tahukah anda biasanya upah untuk mencipta satu design t-shirt ada hingga mencapai RM300 satu design?
Kini anda tidak perlu risau dengan kos tersebut, kerana ianya adalah PERCUMA di MK Printing. Jika anda tidak berpuas hati dengan design pertama kami, anda komen dan kami akan buatkan semula mengikut citarasa anda.
Namun begitu untuk design yg agak complicated terutamanya design exlusive yang very detail dan premium seperti baju jersey sublimation ada sedikit design charge tapi tidaklah sampai membebankan kepada bakal customer kami.
- Tempahan boleh dibuat melalui Wsapp atau sosial media semudah ABC
Di zaman yang moden dan canggih sekarang ni, tak hairanlah banyak perkhidmatan secara online yang dah wujud. Begitu juga la dengan perkhidmatan printing. Terdapat banyak kedai printing yang membuat jualan secara online.. termasuk kami. Jadi, jika anda duduk jauh dari bandaraya johor bahru tak perlu bazir masa, minyak kereta dan tenaga.
Pengguna sekarang ni lebih suka mengadap PC dan handphone untuk shopping berbanding keluar pergi ke kedai. Tiba masa masa baju siap dan anda boleh terus ambil di kedai kami. Helloo.. ayah saya umur 60 an pun pandai shopping online tau..huhu..
- Pekerja Mesra Pelanggan (Friendly)
Ciri-ciri sebuah perkhidmatan yang baik adalah pekerja yang mesra pelanggan. Pelanggan secara automatiknya akan ‘jatuh cinta’ dengan perkhidmatan kita sekiranya pekerja mempunyai sikap mesra pelanggan. Layanan yang baik sangat penting bagi bagi kami. Setiap bakal pelangan dan pelanggan adalah kawan baru dari pelbagai latar belakang dan bidang Bak kata pepatah “Bercinta bercinta biar satu berkawan biar seribu”
- Penghantaran disediakan & (Secara Pukal)
Jika anda duduk Muar atau di Sandakan sabah misalnya , anda xperlu bersusah payah untuk datang ke kedai kami…Penghantaran t-shirt tersebut dihantar melalui perkhidmatan syarikat pos ekspress terkemuka antarabangsa.
Sabah & Sarawak akan dicaj RM3 bagi setiap helai
- Sulaman Baju T-shirt, Baju Korporat, Tuala Dan Lain-lain Boleh Buat Di MK Printing
MK Printing bukan sahaja hanya mencetak baju malah kami menawarkan kepakaran dalam perkhidmatan sulaman. Pelbagai jenis sulaman berkomputer atau embroidery MK Printing terima antaranya sulaman logo, sulaman nama individu, sulaman nama syarikat, kelab dan lain-lain lagi.
Kaedah sulam pula bergantung pada design yang ingin dicetak pada baju untuk mendapatkan hasil sulam yang cantik dan harga yang murah. Sulaman berkomputer yang ditawarkan oleh kami mencukupi pelbagai jenis baju dan material. terbaik!!